Saturday, January 10, 2009

Azwan Ali dan Ifa Raziah - End of A Friendship?



Azwan Ali is in bitter feud with Ifa Raziah. Pouring their hearts out to MELODI TV3 audience, everybody knows something is happening between the two best friends. It all started in GENTING HIGHLAND. Whatever it is hope they will patch things up asap.

"Ifa, Tolong Insaf Dari Jadi Artis Murahan"

11 April 2008



Itu kata-kata yang keluar daripada mulut Azwan Ali apabila diminta mengulas tentang kontroversi terbarunya. Pasti sudah ramai yang tahu tentang ‘pergaduhan’ terbaru pengacara yang dilabelkan sebagai ‘Raja
Gaduh’ ini dengan ‘kawan baiknya’, Ifa Raziah. Perkara ini didedahkan oleh Ifa di dalam program ‘Melodi’ yang disiarkan pada Ahad lalu.

Apa sudah jadi? Mengapa Azwan boleh bergaduh dengan kawan baiknya sendiri? Pasti persoalan tersebut sedang bermain di fikiran anda sekarang ini. Jika sebelum ini anda telah pun mendengar cerita daripada mulut Ifa Raziah, kali ini GUA dapatkan pula komen Azwan tentang ‘pergaduhan’ ini.

GUA: Azwan, apa sebenarnya yang telah berlaku di antara anda dan Ifa Raziah?
AZWAN : Pertama sekali, ingin saya jelaskan di sini yang ‘pergaduhan’ ini dicetuskan atau dimulakan sendiri oleh Ifa. Dia yang tiba-tiba mencari pihak media dan mendakwa yang saya bergaduh dengan dia. Saya pun tidak faham mengapa dia berbuat demikian. Apa masalah dia yang sebenarnya? Saya mahu peminat clear yang saya bukannya mahu menegakkan benang yang basah, tetapi apa yang saya boleh katakan ialah semua yang dikatakan oleh Ifa adalah tohmahan dan fitnah. Kepada Ifa, tolong insaf daripada menjadi artis murahan!

Maknanya dakwaan Ifa yang mengatakan Azwan tidak benarkan dia menggunakan bilik adalah tidak benar?
Dakwaan itu adalah tohmahan semata-mata. Lagipun Ifa perlu ingat, bilik saya adalah hak saya, suka hati sayalah nak buat macamana. Bilik itu adalah untuk calon ‘Top 5’ Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Dia siapa? Memang saya ada janji nak
bagi pakai bilik, tetapi biarlah beradat. Sebenarnya Ifa sampai lewat dan semasa dia sampai, saya ada rakaman dengan gua.com.my. Sudah tentu saya tidak benarkan dia gunakan bilik semasa ketiadaan saya. Bagaimanapun, saya ada pesan kepada budak suruhan saya supaya beritahu Ifa yang dia boleh gunakan bilik selepas saya selesai rakaman. Jika hendak gunakan juga bilik ketika itu, budak suruhan itu perlu temankan. Itu sahaja. Jadi, tidak timbul isu yang dikecoh-kecohkan oleh Ifa itu.

Rasa-rasanya mengapa Ifa buat dakwaan sebegitu?
Saya pun tidak faham dengan Ifa, sedangkan saya telah mengenalinya lebih kurang 10 tahun. Sepatutnya jika ada benda yang dia tidak puas hati, dia perlu bersemuka dengan saya. Bukan ‘menggelupur’ dan meluahkan ketidakpuasan hati kepada pihak media. Ini tidak, bila saya tidak benarkan masuk ke bilik, dia buat kecoh pula. Tak malu ke? Perbuatannya itu membayangkan seolah-olah Ifa tidak mampu menyewa bilik sendiri!

Ifa juga ada mendakwa yang Azwan tidak benarkan dia masuk ke bilik kerana takut dia jadi pencuri. Apa komen Azwan?
Ini satu lagi tohmahan. Seperti yang saya katakan tadi, Ifa perlu bersemuka dengan saya jika tidak puas hati. Bukannya mengecam saya dengan pelbagai perkara. Mungkin juga budak suruhan yang sampaikan mesej saya itu telah puta
r-belitkan apa yang saya katakan. Dia kata saya takut dia jadi pencuri, oklah, jika ditakdirkan dia masuk ke bilik pada hari itu dan berlaku kehilangan, walaupun hanya sebatang putik kapas saya memang saya akan tuduh dia yang mencurinya. Yelah, siapa lagi yang boleh saya tuduh kalau bukan dia.

Azwan berlagak diva dan buat ‘dek’ dengan Ifa, betul ke?
Ini kata-kata yang ingin saya sampaikan. Azwan Ali adalah ‘Top 5’ ABPBH, cuma kalah dengan Aznil aje. Tetapi, saya memang confirm diva selagi barisan pengacara di Malaysia dibariskan. Kalau Aznil tiada, saya yakin saya akan menang. Memang saya ada lafazkan kepada Ifa yang saya berlagak diva semasa menghubunginya melaui telefon tetapi dengan tujuan supaya dia sedar diri yang dia bukannya calon ABPBH. Itu hak saya untuk cakap macam itu. Ifa tidak boleh pertikaikan. Dia bukan calon ‘Top 5’. Mungin sebab itu dia dengki dengan saya.

Dakwaan dia saya buat ‘dek’ dengan dia, memang fitnah melampau! Saya kata melampau sebab kamera gua.com.my ada merakamkan saya sedang menemubual dia. Kalau hendak ikutkan, Ifa tidak berhak masuk kamera kerana dia bukannya finalist. Tetapi, saya tetap melayan dia dengan sebaiknya.

Tetapi Ifa dakwa semasa di post party Azwan langsung tidak hiraukan dia?

Untuk makluman semua, semasa di post party saya langsung tidak nampak dia. Malam itu saya makan semeja dengan Hattan dan Fasha Sandha. Kalau dia expect saya cari dia, silap oranglah. Buat apa saya nak buat macam itu? Dia bukannya glamour, tak menang apa-apa pun. Tak kan saya nak berkepit dengan dia.

Apa lagi dakwaan Ifa yang ingin Azwan sangkal?
Dalam program ‘Melodi’
, Ifa ada terkeluar kata-kata ‘hormon tidak stabil’ dengan ‘period’, tetapi dia perlu ingat, walaupun saya dianggap bapok, saya tetap Mohamed Azwan bin Ali yang dilahirkan oleh emak saya sebagai seorang lelaki. So, jaga mulut dia. Cakap biarlah berlapik. Semua peminat dan keluarga saya marah dengan dia dan ada yang mengatakan Ifa bercakap seperti perempuan murahan.

Setelah apa yang terjadi ini, Azwan tidak rasa kehilangan kawan baik ke?
Saya langsung tidak rasa apa-apa. Kalau setakat kawan seperti Ifa Raziah, bila-bila masa saya boleh cari, bersepah kat tepi jalan. Sekecil hama pun saya tidak rasa rugi. Sebaliknya, Ifa yang terlepas beberapa peluang untuk terlibat dalam beberapa program televisyen. Saya telah gugurkan namanya untuk program ‘Cit Cat Azwan’ musim baru dan ‘Cak-Cak 2008’. Tempatnya saya telah gantikan dengan Dina Malaysian Idol. Saya juga tidak mungkin akan berdamai dengan dia.

Oklah, tutup cerita tentang Ifa. Boleh ceritakan tentang perkembangan terbaru Azwan?
Sekarang ini saya sedang sibuk dengan progam ‘Jangan Tidur Lagi’ yang telah pun memasuki musim ketiga. Untuk musim terbaru ini, banyak pembaharuan yang telah dilakukan. Kalau tidak silap, ia akan mula
ditayangkan pada 30 April ini pada jam 11 malam. Selain itu, saya juga sibuk dengan persiapan untuk memulakan penggambaran program ‘Cit Cat Azwan’ musim ke-11.


No comments: